Postingan

DOA MINTA KAYA DAN PANJANG UMUR

Gambar
Doa berikut baik diamalkan selepas mengamal doa melunaskan hutang sebesar gunung dan sangat manfaat, insyallah selepas permintaan kaya dan lepas dari hutang.  Namun tentu saja kaya yang penuh barokah, bukan sekadar perbanyakkan harta. Apalagi hakikat kaya adalah diri yang selalu merasa cukup. Sumber: https://rumaysho.com /

DOA MELUNASKAN HUTANG SEBESAR GUNUNG

Gambar
Artinya: “Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah). Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713) Doa ini adalah di antara doa yang baik diamalkan untuk melunas kan hutang dan dibaca sebelum tidur. Telah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata, “Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak ti...

KESENGSARAAN ORANG LAIN, KEBAHAGIAAN BAGI KITA

Gambar
Sesetengah orang, hatinya gembira dan bahagia apabila melihat orang lain derita. Berlaku pada semua orang. Pernahkah anda tahu dan berperasaan begitu!. Aku derita engkau bahagia. Kata-kata yang selalu diucapkan oleh jejaka yang putus cinta terhadap kekasihnya yang bahagia bersama teman baru. Lagi satu yang biasa berlaku pada kita tanpa disedari, bila kita memandu dan melihat pasangan sedang menolak motorsikal kerana kehabisan minyak atau tayar pancit. Kadang-kadang secara otomatik kita tersenyum. Bukan ada niat apa pun untuk ketawa pada mereka.  Itu perkara yang biasa dan selalu terjadi pada kita. Bagi pasangan yang menolak motorsikal berbatu-batu jauhnya. Allah SWT sahaja yang tahu betapa penatnya sampai lembik lutut. Bukan boleh dibaiki disitu. Nak ditinggalkan isteri atau temanita kat simpang, takut pula jadi kes lain. Kalau setakat minyak habis boleh diminta tolong orang lain belikan. Tapi jika tayar pancit bukan boleh ditukar disitu. Terpaksa tolak sampai...

AMALAN-AMALAN YANG MENDAPAT GANJARAN DARI ALLAH SWT

Gambar
Kadangkala niat yang baik sahaja pun sudah ada ganjaran apatah lagi jika disusuli dengan amalan. Rasulullah SAW bersabda: "Niat seorang mukmin lebih baik dari amalannya" Memberi tunjuk ajar kepada orang lain atau menunjukkan jalan yang baik supaya dia dapat melakukannya juga mendapat ganjaran sebagaimana orang yang melakukannya. Nabi SAW bersabda: "Orang yang menunjukkan seseorang kepada kebaikan adalah seperti mengerjakannya" Dari hadiths Nabi SAW diatas. Jelaslah bahawa menyampaikan dan menyebarkannya isi kandungan ini juga, akan mendatangkan kebaikan dan menerima ganjaran pahala dari Allah SWT.  1.  IBADAT PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL Ganjaran:  Pahala Berpuasa Setahun.  Dari Abu Ayyub r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawwal, maka ia adalah seperti berpuasa setahun penuh.” (Riwayat Muslim) 2.  MENYEMPURNAKAN WUDUK DAN MEMBACA DOA SELEPAS WUDHUK  Ganjara...

MURTAD DAN JADI KAFIR KERANA KEJAHILAN UMAT ISLAM DALAM FACEBOOK.

Gambar
Murtad bukan sekadar menukar agama Islam ke agama lain, tapi dari ucapan dan penulisan seperti yang berlaku dimasa kini oleh remaja-remaja Islam dalam "facebook" mereka sangat membimbangkan. Adakah mereka ini kurang pendidikan agama atau bagi mereka hanya gurauan semata-mata? Perlu ingat murtad dan jadi kafir terbahagi dalam empat keadaan iaitu: Melakukan perbuatan kekafiran secara serius. Melakukan perbuatan kekafiran secara main-main. Melakukan perbuatan kekafiran dalam keadaan ketakutan. Melakukan perbuatan kekafiran dalam keadaan dipaksa, namun hatinya berasa mantap dengan kekafiran. Lihat satu cntoh dari facebook remaja ini, walaupun remaja ini menganggapnya sebagai gurauan tetapi apabila kata-kata seperti itu merendahkan Allah SWT ia sudah kafir secara tidak sengaja. Jadi beringat-ingat sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan secara main-main. Murtad atau juga disebut sebagai kekafiran kerana beberapa sebab. Boleh jadi kerana mengingkari sesuatu yang sudah di...

PANDUAN MEMULAKAN SOLAT SETELAH LAMA MENINGGALKANNYA

Gambar
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat. Tapi saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini. Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan .  Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya. Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca, izinkan kami berkongsi panduan tentang teknik motivasi memu...

SIFAT BAIK DAN AMALAN MULIA

Gambar
Setiap amalan baik yang dilakukan seseorang Muslim di dunia ini akan  mendapat balasan setimpal di akhirat kelak. Berpandukan al-Quran, segala  amalan dan kewajipan telah dijelaskan kepada manusia supaya beriman dan  beramal kepada Allah SWT. Melakukan amalan baik bermula daripada percakapan dan perbuatan. Seperti kata ahli tasauf, Ibrahim bin Adham, kami perbaiki bahasa kami, maka kami tidak akan mengalami kesalahan dalam bertindak dan jika perbuatan kami salah kami perbaiki. Sesungguhnya, segala kemewahan, kenikmatan, kemegahan yang ada di dunia ini jika tidak dimanfaatkan sebaiknya tidak boleh membantu kita kepada jalan Allah SWT. Tiap nikmat kesenangan dunia, pasti akan rosak dan lenyap. Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya yang bermaksud:  “Hai orang-orang yang beriman, bertakwa kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya.” (Surah Ali-Imran, ayat 102) Ketakwaan bermaksud ketaatan menge...